Dibayar RM15,000 sebagai teman bergelar ‘Datuk’, individu guna nama Nadia Brian cuba ‘scam’ Puteri Sarah

Dari Penulis

PELAKON Puteri Sarah Liyana baru-baru ini terkejut apabila hampir menjadi mangsa penipuan oleh seorang wanita yang menyamar sebagai pelakon Nadia Brian.

‘Nadia’ tersebut menawarkannya menjadi ‘peneman’ golongan VIP dengan bayaran lumayan sebanyak RM15,000.

Sarah, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, menceritakan kejadian tersebut yang berlaku pada suatu pagi ketika dia sedang bersiap untuk pergi ke sesi penggambaran di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

“Dia bertanya jam berapa saya habis penggambaran. Dia meminta saya berjumpa seseorang yang dikenali sebagai Datuk Shahrul pada jam 10 malam. Saya bingung, adakah pertemuan itu disebabkan ada tawaran kerja? Penerbit baharukah?

“Cara individu tersebut bercakap memang mirip dengan Nadia kerana saya baru sahaja berjumpa dengan Nadia di majlis Janna Nick.

“Dia ajak saya untuk teman Datuk itu minum-minum kopi sahaja dan menawarkan bayaran sebanyak RM15,000. Selepas itu dia cakap, foto dan video dilarang.

“Saya bertegas kepadanya bahawa saya tidak buat kerja-kerja begitu. Selepas habis penggambaran, saya terus balik ke pangkuan anak-anak,” katanya semasa ditemui di sidang media Polis Peronda di Sri Pentas, Bandar Utama, semalam.

Merasa ada sesuatu yang mencurigakan, Sarah terus menghubungi Nadia Brian untuk mengesahkan kejadian tersebut.

“Saya terus hubungi Nadia tanya dia di mana, dan maklumkan ada orang menggunakan nama dan gambarnya.

“Selepas itu, individu yang mengaku dirinya Nadia meminta maaf dan meminta pula nombor Emma. Kalau saya ini sejenis yang lurus, mungkin saya akan beri nombor Emma dan scammer tersebut akan gunakan nama saya pula untuk menipu orang lain.

“Kebetulan waktu itu saya sedang berada di IPD Gombak untuk penggambaran drama ‘Polis Peronda’, jadi saya terus membuat laporan mengenai kes tersebut,” kata Sarah.

Drama “Polis Peronda” yang turut dibintangi oleh Shah Iskandar, Ali Reza, Ramona Zamzam, Raja Afiq, Soffwany Yusoff, Kodi Rasheed dan ramai lagi, merupakan terbitan Skop Productions Sdn. Bhd. Arahan Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof, dan C. Kumaresan.

Drama ini mula ditayangkan pada 28 Jun, setiap Jumaat, jam 10 malam di TV3 dan boleh distrim episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ernie Zakri, Zaki Yamani, Lan Solo antara artis bakal serikan pesta 20 tahun MBPJ

KEPADA semua warga Lembah Klang, bersedia untuk berkampung di Petaling Jaya pertengahan Jun ini! Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)...

More Articles Like This