SEBUAH kereta jenis Perodua Myvi yang menyertai acara pameran kenderaan di sebuah pusat beli-belah di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, semalam, hangus akibat terbakar sehingga 90 peratus.
Video berdurasi sekitar dua minit 10 saat memaparkan kejadian itu turut tular di media sosial.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar memaklumkan, Myvi yang terbakar itu dipercayai milik salah seorang peserta pameran kenderaan tersebut.
Menurut Ahmad Mukhlis, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada pukul 9.25 malam.
Baca artikel lain: Seorang individu rentung, Satria Neo hangus terbakar di Miri
“Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang terbakar 90 peratus dan dipercayai milik peserta program terbabit.
“Kejadian itu turut melibatkan sebuah lagi Perodua Myvi yang dipercayai milik pengunjung pusat beli-belah berkenaan dan mengalami kerosakan kira-kira dua peratus,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Ahmad Mukhlis memberitahu, kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang mangsa atau kehilangan jiwa.
Kebakaran berjaya dipadamkam beberapa minit kemudian manakala punca kejadian masih dalam siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

