KERAJAAN digesa mengkaji semula perkara-perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa prerogatif pengampunan bagi memastikan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu jelas serta terpelihara.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kemelut Perlembagaan dan kekeliruan undang-undang hari ini berpunca daripada kegagalan Kerajaan Madani dalam menangani isu kewujudan Titah Adendum sejak awal lagi.
“Perikatan Nasional berpandangan urusan pengampunan adalah kuasa prerogatif tertinggi Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang wajib dihormati.
“Perikatan Nasional tidak mahu Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dilihat sebagai ‘rubber stamp’ semata-mata,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Warden maahad tahfiz rotan pelajar akan didakwa – Polis
Tegasnya, kuasa baginda telah dinyatakan secara jelas dalam Laporan Suruhanjaya Reid seperti diterjemahkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ketua Hakim Negara dalam kes tersebut memutuskan bahawa kuasa pengampunan merupakan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong yang bersifat non-justiciable, sekali gus meletakkannya di luar bidang kuasa semakan kehakiman,” katanya lagi.
Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk memaksa kerajaan melaksanakan Titah Adendum supaya beliau dapat menjalani baki hukuman penjara di rumah.
Alice memutuskan bahawa tahanan rumah dalam permohonan bekas Ahli Parlimen Pekan itu tidak boleh dilaksanakan kerana tiada peruntukan undang-undang bagi mekanisme itu dijalankan di negara ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

