Wanita warga emas pemandu e-hailing parah dikelar di leher, lengan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG wanita warga emas yang juga pemandu e-hailing mengalami kecederaan parah dikelar bahagian leher dan lengan kiri selepas diserang dalam kereta jenis Perodua Bezza miliknya di Bandar Baru Salak Tinggi, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman memaklumkan, wanita berusia 60 tahun itu dipercayai diserang oleh seorang lelaki tempatan dikenalinya dengan menggunakan senjata tajam.

Menurut beliau, mangsa kemudiannya telah ditinggalkan di kawasan parkir di Kawasan Perindustrian Medan 20 berhadapan sebuah hotel dan stesen minyak.

Norhizam memberitahu, pihaknya telah menerima laporan daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9.40 malam.

“Mangsa telah ditemui berlumuran darah dengan kesan cedera serius.

“Mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Cyberjaya untuk mendapatkan rawatan dan kini berada dalam keadaan stabil serta dipantau rapi di wad,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Lelaki parah, kanak-kanak 9 tahun antara yang cedera dirempuh ambulans terbabas di Setapak

Mengulas lanjut, Norhizam berkata, suspek telah melarikan diri dari lokasi kejadian dengan memandu kereta Perodua Bezza milik mangsa itu.

Katanya, suspek berjaya diberkas selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Taman Desa Melati, Fasa 3, Nilai.

“Suspek berusia 69 tahun itu telah ditahan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai kira-kira pukul 11.15 malam dengan pihak polis juga telah menjumpai senjata berupa pisau kerambit dalam kereta mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan, serta boleh dipenjarakan hingga 20 tahun sekiranya menyebabkan kecederaan kekal,” katanya.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Faiz Zuki, melalui talian 011-27328077 atau balai polis berhampiran.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Puad dakwa UMNO amal budaya kronisme dalam memilih calon

BEKAS Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mendakwa amalan memilih calon berdasarkan kelompok, kroni...

More Articles Like This