SEMUA gagasan yang diperjuangkan dalam Muafakat Nasional (MN) boleh diperjuangkan melalui platform politik Perikatan Nasional (PN).
Sehubungan itu, Ketua Penerangan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Harris Idaham Rashid menegaskan, pendirian sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kekal konsisten dengan tiada keperluan untuk membubarkan apa-apa.
Menurut Harris Idaham, realiti politik adalah untuk menjayakan agenda MN memerlukan kuasa pentadbiran kerajaan.
Oleh itu, beliau berkata, PN yang terbukti paling hampir untuk mendapat mandat tersebut.
“Yang diperlukan ialah kematangan politik, keikhlasan dalam berunding serta kesediaan membina kekuatan bersama tanpa menafikan sejarah dan fakta kemenangan yang telah dicapai.
“ARMADA sependapat dengan Ketua Pemuda Pas (Afnan Hamimi Taib Azamudden) bahawa sebaik sahaja UMNO memutuskan hubungan dengan Pakatan Harapan (PH), muafakat politik boleh dibentuk sekiranya objektifnya selari.
“Gabungan Bersatu-Pas telah membuktikan satu ‘muafakat unggul’, gabungan Bersatu-Pas-UMNO bakal menjadi ‘muafakat agung’ yang diharapkan oleh akar umbi ketiga-tiga parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Harris Idaham berkata, PN terbuktuk bukan secara kebetulan tetapi lahir daripada kesedaran politik dan pengalaman sejarah bahawa kekuatan umat serta negara hanya dapat dibina melalui muafakat yang tulen dan berprinsip.
Baca artikel lain: ‘Tarik sahaja sokongan daripada kerajaan’, Akmal berang Bee Yin ‘rai’ hukuman Najib
Dalam konteks itu, katanya, Bersatu dan Pas memainkan peranan penting sebagai teras awal yang ‘membidankan’ penubuhan PN.
“Hubungan setiakawan antara Bersatu dan Pas bukan bersifat taktikal jangka pendek, sebaliknya terbina atas persamaan prinsip, kestabilan negara, keadilan ekonomi dan pembelaan terhadap rakyat.
“Muafakat ini telah diuji dalam pelbagai fasa politik dan kekal utuh kerana ia berakar pada kepercayaan, bukan kepentingan sempit,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengesyorkan supaya MN yang pernah menyaksikan kerjasama politik partinya dengan Pas dihidupkan semula.
Bagaimanapun, Dr Muhamad Akmal turut meminta supaya PN dibubarkan sebelum MN diwujudkan semula.
Reaksi EXCO Melaka itu susulan situasi politik di Perlis selepas lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikatakan menghantar akuan bersumpah (SD) kepada pihak istana kerana hilang kepercayaan kepada pimpinan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli daripada Pas yang mungkin menyaksikan pilihan raya kecil (PRK) di tiga kerusi.
‘Cadangan’ Dr Muhamad Akmal itu dibalas Afnan Hamimi yang menyifatkan penyatuan ummah menjadi asas MN tidak akan berjaya tanpa Bersatu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

