Tiada unsur jenayah kebakaran ragut nyawa dua beranak di Sentul

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TIADA sebarang unsur jenayah dikesan dalam insiden kebakaran hingga meragut nyawa dua beranak di sebuah unit projek perumahan rakyat (PPR) di Sentul, pagi semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Sukarno, siasatan awal termasuk proses bedah siasat mendapati kematian mangsa adalah akibat kebakaran.

“Proses bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa selesai dijalankan dan setakat ini, siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan itu.

Baca artikel lain: Dua beranak ditemukan maut kebakaran di Sentul

Semalam, UtusanTV melaporkan dua beranak ditemukan maut selepas kediaman mereka hangus dalam kebakaran di sebuah PPR di Sentul.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan, mayat dua beranak itu telah ditemukan dalam tandas.

Menurut kenyataan itu, mangsa merupakan seorang lelaki berusia 58 tahun manakala seorang lagi adalah ibu mangsa iaitu warga emas berusia 82 tahun.

Kejadian tersebut turut tular di media sosial dengan video berdurasi 58 saat memaparkan berlakunya kejadian kebakaran di rumah berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This