‘Tabayyun, laisa Tibayyun’, Syahir cabar Mufti Perlis tunjuk perkara ‘memalukan’ teks lafaz baiah Pas

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dicabar supaya menunjukkan bukti kononnya wujud lafaz baiah dan sumpah Pas yang menuntut pemimpinnya menceraikan isteri sekiranya berlaku pelanggaran.

Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman dalam hantaran di Facebook turut mengingatkan Mohd Asri supaya menyelidik dahulu dan tidak membuat tuduhan melulu.

Beliau turut memuat naik teks lafaz baiah dan sumpah itu dalam hantaran yang sama.

“Kepada SS Mufti (1), tunjukkan di mana perkara yang ‘memalukan’ di dalam teks lafaz baiah dan sumpah ini? Tiada di Perlis.

“Kita diajar, jangan diadakan perkara yang tiada. Tabayyun, laisa ‘Tibayyun’,” katanya dalam hantaran itu.

Sebelum ini, Mohd Asri mengkritik sumpah baiah yang dikenakan sebuah parti politik terhadap kepemimpinannya yang diketahui umum merujuk kepada Pas mengenai situasi politik di Perlis.

Baca artikel lain: Abu Bakar dilantik sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu

Menurut beliau, sumpah baiah itu adalah menceraikan isteri sedangkan dalam politik Rasulullah SAW hendak memperkukuhkan hubungan kekeluargaan.

“Timbul isu di Perlis tentang sumpah baiah yang menceraikan isteri. Kamu berpolitik mempertaruhkan isteri. Ini adalah asas bagi pembinaan masyarakat, tapi belum lagi memerintah kita mempertaruhkan isteri kita.

“Ini sesuatu yang serius. Saya mohon maaf kepada teman-teman daripada parti tertentu, tetapi ini sesuatu yang tidak wajar dan memalukan,” katanya

Sementara itu, Mohd Syahir dalam hantaran berasingan turut membidas kenyataan Mohd Asri yang menggesa mana-mana pihak mendakwa wujud krisis politik membabitkan jawatan Menteri Besar Perlis berpunca daripada isu projek untuk tampil memberi penjelasan secara spesifik.

“Kepada SS Mufti (2); Dengan penuh hormat.

“Jika berpayung di luar pagar, jangan terkena tempias hujannya.

“Jika meninjau halaman (projek) di pasiran, jangan terkena debu kotorannya. Kita diajar, jangan diungkap perkara yang tidak diungkap,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This