SELEPAS sebulan Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sehingga mencetuskan polemik antara Bersatu dan Pas, kini tampil cadangan melaksanakan ‘gencatan senjata’.
Cadangan itu diutarakan Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman dalam hantaran di Facebook.
Pada masa sama, Mohd Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok turut meminta beberapa pihak untuk tidak lagi mengeluarkan kenyataan secara terbuka.
Beliau turut meminta Muhyiddin untuk segera memanggil mesyuarat full-council sekiranya Bersatu masih berpandangan bahawa bekas Perdana Menteri itu masih lagi Pengerusi PN.
“Hari ini (semalam) 1 Februari. Sudah genap sebulan ‘pemandu bas’ meletak jawatan (pada) 1 Januari.
“Perjalanan tergendala. Penumpang gelisah. Keluarga (rakyat) menunggu. Kami hanya mahu teruskan perjalanan,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Baca artikel lain: Hentikan kenyataan guris perasaan rakan dalam PN – Tuan Ibrahim
Mengulas lanjut, Mohd Syahir turut mempersoalkan tindakan beberapa pihak terutama bekas Ketua Setiausaha Sulit Muhyiddin, Datuk Dr Marzuki Mohamad dan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz yang berterusan menulis secara terbuka.
“Mengapa perlu menulis hal ‘sulit’ secara terbuka? Ikutkan hati, mahu sahaja saya membalas, namun saya memilih untuk menahan diri.
“Justeru atas rasa hormat kepada kekanda Datuk DrM (Marzuki) dan TunF (Tun Faisal), permintaan saya; cukup-cukuplah menulis.
“Ada baiknya kita di peringkat ‘operator’ ini, bersetuju untuk gencatan senjata. Silence is golden (Diam itu lebih berharga),” katanya.
Mohd Syahir turut berkongsi gerak kerja Pas yang sudah melancarkan jentera pilihan raya di Perak dan Melaka sebelum negeri lain menyusul.
“Di pihak Pas, jentera sudah siap siaga. Tabung sudah dikira. Calon pun sudah turun bekerja.
“Persiapan bukan setakat di 43 kerusi Parlimen kami, termasuk di 6 kerusi ‘lompat’, yang dilaporkan tidak terjaga.
“Itu belum termasuk, dua (2) kerusi kalian yang dengarnya ‘bakal’ melompat, harapnya dapatlah berjaga,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

