MCMC buka kertas siasatan hantaran palsu guna logo Buletin TV3

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuka satu kertas siasatan berhubung penularan satu hantaran palsu di platform media sosial yang menggunakan logo dan identiti visual Buletin TV3.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, hantaran palsu itu melibatkan dakwaan kononnya Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil telah mengeluarkan kenyataan mengenai penutupan TikTok Malaysia.

Menurut MCMC, siasatan awal mendapati kandungan berkenaan telah diubah suai dan disahkan sebagai palsu.

Pada masa sama, katanya, kenyataan berkenaan tidak pernah dikeluarkan oleh Menteri Komunikasi.

“Pihak Media Prima Berhad juga telah membuat laporan polis dan menafikan bahawa hantaran berkenaan diterbitkan oleh Buletin TV3 atau mana-mana platform berita di bawah rangkaian Media Prima.

“Penafian tersebut turut menjelaskan bahawa penggunaan logo, nama dan identiti visual Buletin TV3 dalam hantaran palsu berkenaan merupakan satu bentuk penyalahgunaan yang sengaja mengelirukan orang ramai,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Mengulas lanjut, MCMC memaklumkan, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Baca artikel lain: Gangguan telekomunikasi di Kuala Kangsar akibat kebakaran menara – MCMC

Katanya, seorang individu yang disyaki terlibat juga telah dipanggil bagi membantu siasatan dengan keterangan dirakam MCMC di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Perak.

Selain itu, satu unit telefon bimbit dan satu kad SIM juga telah disita bagi tujuan analisis forensik digital.

“Seksyen 233 Akta 588 memperuntukkan hukuman denda maksimum sehingga RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

“Orang ramai diingatkan agar sentiasa menyemak kesahihan maklumat sebelum memuat naik, berkongsi atau mengulas di media sosial.

“Penyebaran kandungan palsu dan penyalahgunaan identiti bukan sahaja boleh mengelirukan masyarakat, malah boleh membawa kepada tindakan undang-undang,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dakwaan dibangkitkan terhadap projek Battersea Power Station tidak berasas

DUA laporan forensik yang dikemukakan berhubung dakwaan penilaian harga tidak munasabah (overvaluation) dalam projek Battersea Power Station merumuskan bahawa...

More Articles Like This