Malaysia perlukan politik bertanggungjawab, bukan cetus perpecahan – Loke

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MALAYSIA memerlukan politik yang lebih bertanggungjawab berfokus pada penyelesaian masalah, bukan mencetuskan perpecahan antara rakyat antara demi kepentingan sendiri, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Loke dalam perutusan tahun baharu 2026 berkata, Malaysia tidak boleh kembali kepada amalan lama yang menghakis kepercayaan rakyat dan membantutkan kemajuan negara.

Jelas beliau, kerajaan memahami bahawa kebanyakan rakyat masih berdepan dengan tekanan kos sara hidup selain komuniti perniagaan yang menghadapi peningkatan kos untuk menjalankan perniagaan.

Loke yang jua Menteri Pengangkutan berkata, cabaran-cabaran itu memang dalam perhatian dan kerajaan akan terus berusaha keras untuk mengurangkan beban ini melalui dasar yang praktikal dan pelaksanaan yang berkesan.

“Sebagai Anggota Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, amanah kami jelas — iaitu untuk berkhidmat dengan jujur, membuat keputusan demi kepentingan awam, serta memastikan pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat dan persekitaran perniagaan yang mampan.

“Jawatan awam adalah satu amanah dan amanah ini mesti dipikul serta dihormati setiap hari. Sebagai Setiausaha Agung DAP, saya akan memastikan parti terus berpegang kepada prinsip memperjuangkan sebuah negara berpandukan nilai demokrasi, adil dan inklusif, di mana setiap rakyat Malaysia mempunyai peluang untuk berjaya dalam hidup mereka dan hasil pembangunan dapat dirasai secara bersama,” katanya.

Baca artikel lain: Insiden KLIA bocor: Loke arah tindakan tegas diambil terhadap kontraktor

Mengulas lanjut, Loke berkata, beliau percaya bahawa tadbir urus yang baik, integriti dan dasar yang berasaskan keperluan sebenar rakyat adalah asas kepada masa depan negara yang lebih kukuh.

Katanya, kemajuan tidak dibina dengan retorik politik tetapi ia mesti berteraskan integriti, kebertanggungjawaban, dan hasil sebenar yang dapat dirasai oleh rakyat.

Menurut Loke, perbezaan pandangan adalah sebahagian daripada demokrasi.

“Namun, perbezaan ini tidak seharusnya menghalang kita daripada bekerjasama demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat. Politik harus menjadi alat untuk memperbaiki kehidupan rakyat, bukan medan untuk berbalah dan memusuhi antara satu sama lain.

“Menjelang Tahun Baharu ini, kita memperbaharui tekad untuk terus bekerja keras, membuat perubahan yang lebih berani serta memainkan peranan yang konsisten dalam memperjuangkan keadilan, kebebasan, dan kemajuan untuk seluruh Rakyat Malaysia.

“Selamat Tahun Baharu kepada semua! Semoga Tahun 2026 membawa harapan dan keyakinan baharu kepada kita dalam membina Malaysia yang lebih baik,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This