Pengakap perkasa jenama menjelang 2026

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERSEKUTUAN Pengakap Malaysia menetapkan hala tuju yang lebih strategik dan progresif menjelang tahun 2026 dengan memberi tumpuan kepada pencapaian visi serta misi dan usaha berterusan memperkasa jenama sehingga ke peringkat antarabangsa.

Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral (B) Datuk Prof Dr Mohd Zin Bidin berkata, Pengakap memberi penekanan kepada pemerkasaan jenama secara berterusan agar kekal segar, inklusif dan diyakini sebagai sebuah pergerakan pembangunan belia berimpak tinggi.

Beliau berkata, antara fokus yang digariskan adalah pendekatan Pengakap Berasaskan Komuniti.

Menurut Mohd Zin, Pengakap Berasaskan Komuniti menekankan penglibatan aktif komuniti dalam aktiviti kepengakapan dan pembangunan sosial setempat.

“Pendekatan ini diyakini mampu menjadikan pergerakan Pengakap lebih dekat dengan masyarakat serta relevan dalam menangani cabaran semasa.

“Inisiatif Sahabat Pengakap pula akan terus diperkasa sebagai platform kolaborasi strategik melibatkan alumni, rakan industri, badan korporat dan komuniti awam bagi menyokong pembangunan program, pembiayaan serta jaringan sokongan kepada pergerakan Pengakap,” katanya.

Baca artikel lain: Inisiatif pengakap berasaskan komuniti bakal menjelajah ke seluruh negara

Mengulas lanjut, Mohd Zin memaklumkan, beberapa program berskala besar juga telah dirancang sepanjang tahun 2026 termasuk Jambori Malaysia 2026 di Pulau Pinang.

Katanya, Jambori Malaysia 2026 yang merupakan penganjuran kali ke-15 itu akan menjadi simbol kesinambungan sejarah dan evolusi pergerakan Pengakap di Malaysia.

Beliau menjelaskan, acara itu akan memberi tumpuan kepada pembangunan kepimpinan, penguasaan kemahiran hidup, pemupukan semangat patriotisme serta pembinaan jaringan sosial dalam kalangan belia dari seluruh negara.

Selain itu, kata beliau, Terengganu International Jamboree (TIJ 100) yang dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 21 Disember 2026 pula akan menghimpunkan penyertaan antarabangsa.

“Melalui perancangan menyeluruh ini, Pengakap bertekad untuk terus melahirkan generasi muda yang berjiwa kepimpinan, berintegriti dan mampu memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat, negara dan komuniti global.

“Ibu bapa, masyarakat dan generasi muda juga disarankan melihat penyertaan dalam pergerakan Pengakap sebagai satu pelaburan jangka panjang dalam pembentukan sahsiah dan kepimpinan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This