USAHA sedang giat dijalankan bagi memperluaskan inisiatif pengakap berasaskan komuniti di seluruh negara dalam usaha memperkenalkan pasukan unit beruniform berkenaan kepada masyarakat.
Pesuruhjaya Komunikasi Korporat dan Perhubungan Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia, Mohamad Letfee Ahmad berkata, ketika ini, pengakap lebih dikenali di kawasan pusat seperti ibu negara Kuala Lumpur berbanding lokasi-lokasi lain.
Jelasnya, bagi mengatasi masalah tersebut, pihaknya berhasrat untuk memperluaskan inisiatif berkenaan yang akan membawanya menjelajah ke seluruh negara termasuk kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

“Usaha kami sekarang ialah untuk merangka kempen ke seluruh negara berdasarkan garis panduan yang dibuat oleh Majlis Pengakap Negara.
“Kita sekarang tidak lagi hadkan kepada sekolah sahaja, kita nak perluaskan dan usaha ini dari dulu dah ada tapi tidak diperkuatkan.
“(Melalui inisiatif) pengakap berasaskan komuniti tidak semestinya seorang murid sekolah sahaja menjadi anggota.
“Kita nampak komuniti rumah pangsa kalau di Kuala Lumpur, kalau di setiap negeri ada FELDA, saya rasa kalau dibuka tentu ramai yang berminat,” katanya ketika ditemui UtusanTV, hari ini.
Pada masa sama, Mohamad Letfee berkata, inisiatif berkenaan juga mahu memperbetulkan persepsi masyarakat tentang pengakap yang selama ini mereka rasanya khusus untuk pelajar sekolah sahaja.
Katanya lagi, selain mahu memberi penerangan bahawa pergerakan itu tidak didominasi oleh kaum lelaki tetapi ia juga menjadi pilihan para wanita.
“Kalau sekali pengakap selama-lamanya pengakap. Umur tidak menjadi halangan, untuk masyarakat di luar yang masih menganggap bahawa pengakap hanya untuk budak sekolah itu salah.
“Pengakap hanya buat lelaki itu pun salah. Dalam barisan pesuruhjaya pun ada juga (wanita), kita ada pesuruhjaya antarabangsa seorang wanita yang cukup dinamik.
“Dan ramai juga tidak tahu bahawa di dalam pengakap ini ada pengakap laut, pengakap udara. Uniformnya juga berlainan,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

