YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang mesti sentiasa dipelihara dan dipertahankan.
Seri Paduka Baginda bertitah demikian dalam hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.
Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, hari ini.
Baca artikel lain: Agong zahir nasihat tegas kepada Panglima Tentera Darat baharu
Titah Sultan Ibrahim, pemeliharaan kedua-dua aspek Rukun Negara itu amat penting kerana memberi kesan langsung ke atas kepercayaan rakyat terhadap integriti institusi pemerintahan dan pentadbiran negara.
“Rakyat berhak untuk berasa kecewa apabila pihak berkuasa didapati menyalahgunakan kedudukan dan berasuah,” titah Yang di-Pertuan Agong.
Sultan Ibrahim telah dipersembahkan taklimat isu-isu semasa perihal perundangan negara oleh Azalina dalam sesi menghadap itu.
Selain itu, sesi tersebut turut menyentuh soal pengukuhan tatakelola serta usaha reformasi institusi ke arah memerangi rasuah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

