LARANGAN pengiklanan, promosi atau tajaan produk merokok termasuk rokok elektronik dan vape adalah bersifat mutlak.
Justeru, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, larangan tersebut terpakai kepada semua pihak tanpa sebarang pengecualian tidak kira status sebagai selebriti, pempengaruh atau pemilik perniagaan.
Menurut Dzulkefly, populariti bukanlah lesen untuk melangkaui undang-undang terutama apabila melibatkan risiko kepada generasi muda.
“Tindakan undang-undang adalah langkah terakhir (last resort), namun kami tidak akan teragak-agak untuk menggunakannya jika amaran tidak diendahkan.
“Saya meneru semua pempengaruh dan pembuat konten (kandungan); jadilah sebahagian daripada penyelesaian, bukan punca kepada normalisasi budaya merokok,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Promosi vape dalam ‘podcast’, Shuib didenda RM10,000
Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Mahkamah Majistret Putrajaya yang mensabitkan pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu yang didenda RM10,000 atas kesalahan mempromosikan produk merokok di media sosial.
Dr Dzulkefly berkata, keputusan mahkamah itu menjadi satu ‘preseden’ (kes rujukan) perundangan yang amat penting dalam penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).
Kelmarin, media melaporkan Shuib didenda RM10,000 gara-gara mempromosikan rokok elektronik atau vape dalam sebuah rancangan podcast, dua tahun lalu.
Majistret Ezrene Zakariah mengenakan denda itu ke atas Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 42, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit.
Ezrene turut memerintahkan agar Shuib selaku orang kena saman (OKS) dipenjarakan selama satu tahun jika gagal membayar denda berkenaan, namun Shuib dilapor membayar denda berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

