Agong zahir nasihat tegas kepada Panglima Tentera Darat baharu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat tegas kepada Panglima Tentera Darat (PTD) yang baharu iaitu Jeneral Datuk Azhan Md Othman.

Ia bagi memastikan seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM) berpegang teguh kepada nilai integriti dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.

Dalam hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menegaskan rasuah merupakan musuh utama kepada kekuatan dan kredibiliti angkatan pertahanan negara.

Titah Sultan Ibrahim, sebarang bentuk salah guna kuasa atau penyelewengan tidak boleh diterima sama sekali.

Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut mengingatkan bahawa kepemimpinan yang berintegriti bermula dari peringkat tertinggi.

“PTD hendaklah menjadi contoh teladan dalam membudayakan tadbir urus yang bersih, telus serta bertanggungjawab,” menurut kenyataan itu.

Baca artikel lain: Ketua Staf Markas ATM dilantik Panglima Tentera Darat ke-31

Pada masa sama, Sultan Ibrahim turut menzahirkan harapan agar TDM terus dihormati dan diyakini rakyat sebagai sebuah angkatan yang profesional serta beban amalan rasuah demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

“Sebelum ini, sudah beberapa kali saya menegaskan ‘orang tengah’ atau ejen di Kementerian Pertahanan…, sepatutnya mereka semua ini tidak boleh dibenarkan masuk,” titah Seri Paduka Baginda.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Azhan di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur, hari ini.

Azhan dilantik Panglima Tentera Darat ke-31 berkuat kuasa 1 Januari

Azhan dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31 berkuat kuasa 1 Januari lalu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631 pada 19 November lepas serta telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 1 Disember lalu.

Dilahirkan di Muar, Johor pada 4 September 1969, Azhan memulakan kerjaya ketenteraan selepas mengikuti Latihan Pegawai Kadet di Sungai Besi pada 1987 sebelum ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Rejimen Askar Melayu Diraja pada 29 Julai 1989.

Sepanjang perkhidmatan, beliau memegang pelbagai jawatan penting di peringkat Tentera Darat Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia yang membentuk kepimpinan serta profesionalisme ketenteraannya, termasuk sebagai Pegawai Memerintah Batalion Ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja, Komander Batalion Siap Sedia Tentera Darat, Komander MALBATT 850-6 dan Panglima Ke-2 Divisyen Infantri Malaysia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Lexus positif dadah rempuh remaja hingga maut

SEORANG remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang terbabas ke laluan...

More Articles Like This