TIRAI Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag akan mula dibuka esok menerusi proses penamaan calon.
Proses penamaan calon yang akan berlangsung di Dewan Sri Lamag, Kinabatangan akan mula dibuka pada pukul 9 pagi.
Penyerahan kertas penamaan calon itu akan ditutup pada pukul 10 pagi.
Setakat ini, nak kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Mohd Naim Kurniawan yang juga Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan telah dinamakan sebagai calon mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kinabatangan.
Bagi kerusi DUN Lamag, BN menamakan bekas calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang lepas, Mohd Ismail Ayob atau dikenali Miha sebagai calon yang akan mewakili parti itu pada PRK berkenaan.
Bekas ADUN Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman pula telah dinamakan oleh Parti Warisan sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kinabatangan.
Baca artikel lain: PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag ditetapkan 24 Januari – SPR
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Warisan, Mazliwati Abdul Malek pula diletakkan calon DUN Lamag.
PRK diadakan susulan kematian Bung Moktar
PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya Bung Moktar, 66, pada 5 Disember lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding esok hingga 11.59 malam pada 23 Januari.
PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag mempunyai 48,722 pemilih berdaftar merangkumi 48,526 pengundi biasa dan 196 polis serta pasangan sebagai pengundi awal.
Sebanyak 36 pusat mengundi biasa dengan 117 saluran dan satu pusat mengundi awal dengan satu saluran akan digunakan.
SPR menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua PRK berkenaan adalah pada 24 Januari manakala pengundian awal pada 20 Januari.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

