JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak menjalankan siasatan berhubung laporan orang ramai terdengar ngauman harimau berdekatan Taman Rekreasi Ujana Muallim, Proton City.
Pengarahnya Yusoff Shariff berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima laporan rasmi, namun sudah menghantar petugas untuk menjalankan siasatan lanjut.
Jelas beliau, siasatan dijalankan selepas tular video di platform media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp yang memaparkan bunyi ngauman harimau.
Baca artikel lain: SPRM geledah rumah isteri kedua bekas PTD, 23 jam Rolex ditemukan
“Setakat ini, kami hanya menerima laporan berhubung dakwaan orang ramai terdengar bunyi ngauman harimau melalui aplikasi kumpulan WhatsApp.
“PERHILITAN sudah menghantar petugas untuk menyiasat perkara itu dan mereka akan ke lokasi untuk pemantauan serta tindakan lanjut,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Terdahulu dalam rakaman video yang tular di media sosial berdurasi 15 saat itu, kedengaran ngauman seperti harimau yang didakwa berhampiran hutan berdekatan sebuah sekolah menengah dan kawasan perumahan di Proton City.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

