Ketegangan di Iran: Rakyat Malaysia dinasihat tangguh sementara perjalanan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

RAKYAT Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan sebarang perjalanan tidak penting ke Iran buat sementara waktu susulan kekacauan dan ketegangan yang berlaku di negara itu.

Pada masa sama, Kementerian Luar mengesahkan bahawa semua rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran berada dalam keadaan selamat.

Kementerian yang juga dikenali sebagai Wisma Putra memberitahu, pihak kedutaan juga sedang aktif menghubungi rakyat Malaysia di Iran bagi memastikan kesejahteraan serta menyampaikan maklumat terkini.

Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap atau sedang mengembara di kawasan terjejas supaya sentiasa berwaspada.

Baca artikel lain: Israel dituntut patuhi kewajipan perundangan antarabangsa – Wisma Putra

“Rakyat Malaysia juga dinasihat mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Rakyat Malaysia juga amat digalakkan untuk mendaftar kehadiran mereka dengan kedutaan bagi memastikan komunikasi dapat dilakukan tepat pada masanya,” katanya dalam kenaytaan hari ini.

Bagi bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tehran melalui telefon +98 21 8807 2444 / +98 21 8807 8606 atau telefon bimbit +98 933 535 2602 serta e-mel ke [email protected] / [email protected]

Kedutaan Besar Malaysia di Tehran juga akan terus memantau rapat keadaan kekacauan berkenaan dengan demonstrasi kini merebak ke seluruh negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ekonomi negara berkembang positif kesan pelaksanaan reformasi Kerajaan MADANI – PM

MESKIPUN dunia ketika ini berdepan dengan ketidaktentuan namun perkembangan ekonomi negara menunjukkan petanda yang positif. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

More Articles Like This