SEORANG individu yang dipercayai menampar seorang penunggang motosikal di sebuah stesen minyak disahkan merupakan anggota polis yang sedang bercuti.
Video berdurasi 33 saat memaparkan kejadian tersebut turut tular di Facebook ‘Komuniti Johor’ sejak semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Azrol Anuar Nor memaklumkan, hasil siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 6.50 petang semalam.
Beliau berkata, kejadian berkenaan disyaki berlaku di sebuah stesen minyak di kawasan Taman Perling, Johor Bahru.
Menurut Azrol Anuar, anggota polis tersebut dikenal pasti bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara.
“Setakat ini, pihak polis belum menerima sebarang laporan polis berkaitan kejadian tersebut.
“Bagaimanapun, pihak polis telah mengenal pasti mangsa yang terlibat dan sedang berusaha mengesan mangsa tersebut bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Wanita warga emas maut dilanggar motosikal ketika lintas jalan
Mengulas lanjut, Azrol Anuar menyifatkan pihaknya memandang serius sebarang dakwaan kesalahan atau salah laku melibatkan pegawai dan anggota polis.
Sehubungan itu, kata beliau, satu siasatan dalaman telah dibuka.
“Tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, peraturan atau tatakelakuan yang telah ditetapkan.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi di atas isu ini dan kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat amat dialukan-alukan.
“Pihak polis memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara telus, adil dan berintegriti,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

