RM1.1 bilion peruntukan STR Fasa 1, bantuan ditarik jika wujud maklumat palsu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK RM1.1 bilion diperuntukkan bagi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2026 yang akan disalurkan kepada penerima mulai 20 Januari ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, bantuan itu akan memanfaatkan seramai 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan.

Menurut Kementerian Kewangan, penerima akan menerima sebanyak RM100 sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Katanya, kerajaan telah menyusun semula pemberian STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tahun ini selaras dengan usaha bagi memastikan inisiatif kerajaan dapat mengurangkan beban kos sara hidup secara lebih berkesan.

“Di bawah penambahbaikan ini, lebih lapan juta rakyat layak menerima bantuan SARA secara bulanan termasuk 400,000 daripada kalangan miskin dan miskin tegar berdasarkan pangkalan data eKasih, menjadikan SARA sebagai bentuk bantuan asas yang menyediakan sokongan berterusan kepada rakyat.

“STR pula diberikan sebagai bantuan tambahan secara suku tahunan, disasarkan kepada isi rumah dan warga emas tiada pasangan berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan termasuk golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan eKasih,” katanya dalam kenyataan itu.

Baca artikel lain: Lawatan ke Turkiye buka lembaran baharu hubungan dua hala yang semakin erat dan strategik – PM

Kementerian Kewangan memberitahu, pendekatan bersepadu itu memastikan bantuan bersasar dapat disalurkan secara lebih teratur, stabil dan berkesan.

Pada masa sama, ia juga memberi ruang kewangan tambahan pada waktu keperluan puncak seperti musim perayaan.

Peruntukan keseluruhan STR, SARA RM15 bilion

Jelasnya, peruntukan keseluruhan STR dan SARA bagi tahun 2026 berjumlah RM15 bilion, kekal yang tertinggi dalam sejarah Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan berhak tarik balik bantuan

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan menegaskan, kerajaan juga berhak menarik balik mana-mana bantuan yang diluluskan sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

Kementerian itu berkata, semua pemohon bertanggungjawab memberikan maklumat tepat dan benar dalam permohonan mereka.

“Sekiranya didapati wujud maklumat palsu atau tidak tepat, tindakan undang-undang boleh diambil.

“Kementerian Kewangan mengingatkan penerima STR agar berwaspada terhadap pautan palsu dan cubaan penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Sebagai langkah keselamatan, Kementerian Kewangan tidak pernah meminta maklumat peribadi melalui SMS atau WhatsApp, dan penerima disaran merujuk hanya kepada portal rasmi STR bagi sebarang maklumat terkini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This