Siti Nurhaliza sanggup tawarkan diri bawa mesin jahit sendiri ke stadium! – Songket hijau rekaan Bianca Bella jadi saksi sejarah konsert Legacy 30

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SIAPA sangka, mesej ringkas daripada pengurus Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak menerusi WhatsApp dua bulan lalu menjadi titik mula kepada satu sejarah besar buat butik Bianca Bella.

Berpangkalan di Duyung, Melaka, butik ini berjaya mencuri tumpuan lebih 65,000 pasang mata apabila busana songket hijau rekaan mereka dipilih sebagai persalinan segmen penutup di Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza, Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini.

Pengasas bersamanya, Amirul Safwan Nordin mengakui jantungnya hampir luruh apabila mengetahui busana itu untuk kegunaan segmen penutup iaitu persembahan paling ‘berhantu’ dan diingati peminat.

“Kami benar-benar tidak sangka. Ini bukan busana biasa, ini busana untuk satu sejarah 30 tahun perjalanan seni Siti Nurhaliza,” katanya kepada URTV.

Busana tersebut menggabungkan elemen tradisional Puteri Perak dengan sentuhan mewah gaya ‘Miss World’. 

Menggunakan songket tempatan yang sarat dengan perincian manik jahitan tangan, rekaan itu juga mementingkan aspek teknikal bagi memudahkan Siti Nurhaliza melakukan aksi lincah dan momen ‘lompat keluar’ yang tular itu!

Namun, apa yang paling menyentuh hati URTV adalah kisah di balik tabir yang dikongsikan. 

Menurut Amirul, Siti Nurhaliza yang cukup dikenali dengan sifat rendah diri, pernah menawarkan diri untuk membawa mesin jahit sendiri dari rumah ke stadium untuk memudahkan kerja-kerja alterasi.

“Tak mudah seorang Biduanita Negara sanggup tawarkan diri bawa mesin jahit sendiri ke belakang pentas. 

“Itulah sebabnya beliau disayangi semua,” kongsi Amirul lagi yang kagum dengan sikap down-to-earth penyanyi nombor satu negara itu.

Hampir sebulan pasukan seramai 10 orang ini bekerja tanpa henti sehingga ada malam yang tidak lena tidur. 

Namun, segala penat lelah hilang sekelip mata apabila suami pelantun lagu Menamakanmu Cinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K), turut memuji hasil kerja mereka yang tampak mewah dan menonjol di atas pentas.

“Melihat rekaan kami dipakai pada detik penutup dan merakam momen itu secara langsung di hadapan puluhan ribu penonton adalah sesuatu yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata.

“Masih terasa bagaikan mimpi. Idola yang kami lihat sejak kecil, kini menyarung baju buatan kami sendiri,” ujarnya penuh emosi.

Sekadar info, Bianca Bella mula ‘meledak’ selepas menghasilkan busana merah untuk TokTi sempena Tahun Melawat Melaka 2024. 

Kini, butik yang ditubuhkan pada 2022 itu tidak menoleh ke belakang lagi.

Selain merancang untuk melancarkan koleksi songket moden buat pengantin dan koleksi Ready-to-Wear (RTW) nikah, mereka juga memasang impian untuk membuka cawangan di luar negeri Melaka suatu hari nanti.

Syabas URTV ucapkan buat Bianca Bella! Memang layak rekaan anak tempatan dijulang di pentas bertaraf dunia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hael Husaini, Akim Ahmad & Aisha Retno barisi panel juri Big Stage musim ke-7!

INDUSTRI hiburan tempatan dijangka menerima satu lagi gelombang kebangkitan apabila program realiti nyanyian paling fenomena, Big Stage, kini kembali...

More Articles Like This