DUA individu ditemukan rentung dalam sebuah kereta jenis Honda Civic FD yang terbakar di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah utara, awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin memaklumkan, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.05 pagi.
Menurut Noor Azhar, sepasukan tujuh anggota dari BBP Jitra telah digerakkan ke lokasi kejadian.
Katanya, lima anggota dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Seberang Nyonya turut membantu mengawal kebakaran.
“Komander Operasi melaporkan, setibanya di lokasi kejadian, kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis Honda Civid FD dan api sedang marak.
Baca artikel lain: Lelaki warga emas maut dirempuh bas ekspres di Melaka
“Anggaran kemusnahan adalah sebanyak 85 peratus dan hasil pemeriksaan mendapati, terdapat dua mangsa rentung di dalam kereta terbabit.
“Bagaimanapun, jantina atau identiti dua mangsa rentung itu belum dikenal pasti setakat ini,” katanya.
Mengulas lanjut, Noor Azhar berkata, api berjaya dikawal pada jam 1.23 pagi dan kerja-kerja pemotongan kenderaan dilakukan untuk mengeluarkan mangsa.
Beliau berkata, operasi turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, ” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

