MESYUARAT Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 bermula hari ini dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan menjadi tumpuan.
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan Titah Diraja bagi perasmian Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Sebelum itu, Sultan Ibrahim dijadual berangkat ke Dataran Parlimen bagi menerima sembah Hormat Diraja daripada pasukan Kawalan Kehormatan Utama, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sungai Besi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta barisan Kabinet turut menghadiri istiadat berkenaan.
Menurut takwim, persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung selama 20 hari membabitkan pembentangan usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja.
Baca artikel lain: Kolaborasi agung: Bersatu tak pernah beri mandat pemimpin berunding dengan UMNO – Muhyiddin
Ia kemudian diikuti dengan sesi perbahasan usul berkenaan selama tujuh hari bermula 20 Januari.
Sidang Parlimen kemudian diteruskan dengan sesi jawapan menteri pada minggu ketiga bermula 4 hingga 10 Februari.
Berdasarkan takwim, sesi pembentangan rang undang-undang (RUU) dan urusan kerajaan yang lain akan bermula pada 23 Februari.
Parlimen tidak bersidang pada 2 serta 3 Februari berikutan sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Thaipusam, serta pada 16 hingga 19 Februari berikutan sambutan Tahun Baharu Cina dan awal Ramadan.
Sementara itu, persidangan Dewan Negara pula akan berlangsung selama 13 hari bermula 23 Februari depan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

