Jenazah Nadia Kesuma selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Dhahban Jeddah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JENAZAH pelakon, Allahyarham Nadia Kesuma telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Dhahban, Jeddah, Arab Saudi, pagi ini.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, jenazah Allahyarham telah disemadikan pada pukul 7.35 pagi waktu tempatan dengan kehadiran suami, Profesor Dr Muhammad Kamarul Kabilan dan anak perempuannya.

Menurut Kementerian Luar, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah telah bekerjasama rapat dengan waris terdekat serta pihak berkuasa tempatan.

Katanya, ia bagi memudahkan dan menyelaras semua urusan berkaitan pengebumian.

“Kementerian Luar merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.

“Penghargaan ditujukan khususnya kepada Kerajaan Arab Saudi, Hospital King Fahd dan agensi-agensi berkaitan yang lain atas bantuan yang diberikan dalam hal ini,” katanya dalam kenyataan itu.

Baca artikel lain: Suami imamkan solat, jenazah Nadia Kesuma dikebumi selepas Subuh di Jeddah

‘Saya tahu awak kini berada di tempat yang lebih bahagia’

Sementara itu, Muhammad Kamarul dalam hantaran di Facebook turut berkongsi suasana di Tanah Perkuburan Dhahban selepas proses pengebumian jenazah isterinya selesai.

“Saya perlu meninggalkan awak sekarang sayang…dengan kesakitan dan kesedihan di hati.

“Tetapi saya tahu awak kini berada di tempat yang lebih bahagia. Selamat tinggal. Saya dan anak-anak akan datang melawat tidak lama lagi, insya-Allah! Amin,” katanya.

Sebelum ini, Allahyarham Nadia Kesuma dilapor gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Khamis lalu.

Wisma Putra kemudiannya mengesahkan Nadia yang dikesan sudah meninggalkan lapangan terbang Jeddah.

Bagaimanapun, beliau dilapor menghembuskan nafas terakhir akibat sakit jantung dan dibawa ke hosital pada hari sama Allahyarham tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Wanita putus kaki kiri X70 kemalangan di LPT2 meninggal dunia

SEORANG wanita yang dilaporkan putus kaki kiri selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 dinaikinya terbabas lalu merempuh...

More Articles Like This