DATA menunjukkan kadar kemalangan jalan raya yang berlaku di zon ‘Smart Lane’ adalah rendah dan tidak signifikan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, malah di beberapa lokasi berlaku pengurangan kemalangan sehingga 22 peratus dan 74 peratus selepas pengaktifan inisiatif berkenaan.
Jelasnya, setiap pengaktifan dilaksanakan mengikut protokol keselamatan yang ketat termasuk rondaan awal.
Selain itu, terdapat juga papan tanda pada jarak 1 kilometer (km), 500 meter (m) dan setiap 500 m, lampu indikasi setiap 1 km, paparan VMS serta pemantauan trafik masa nyata melalui CCTV di Pusat Kawalan Trafik.
“Smart Lane ialah inisiatif ‘quick win, high impact’ dengan mengaktifkan lorong kecemasan untuk kenderaan ringan bagi mengurangkan kesesakan ketika waktu puncak dan musim perayaan tanpa kos tinggi pelebaran lebuh raya.
“Semua lokasi Smart Lane telah melalui penilaian teknikal terperinci oleh jurutera profesional LLM dengan libat urus agensi seperti MIROS, PDRM dan JPJ termasuk keperluan lebar minimum lorong 2.5 meter,” katanya di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Semua perolehan kerajaan mesti dilihat dalam konteks strategi DIPN – Anwar
Beliau berkata demikian sebagai mengulas luahan pengguna jalan raya yang menggunakan laluan Smart Lane di lebuh raya.
Sebelum ini ada yang mengadu: “Hampa pi block orang yang guna ‘smart lane’ pasal apa. lorong emergency tu boleh digunapakai bila ada signboard ‘smart lane’.”
Nanta Linggi menjelaskan pelaksanaan Smart Lane dan jaminan kerajaan bahawa aspek keselamatan tidak pernah dikompromi.
Katanya lagi, kerajaan akan terus memperkukuh pemantauan, penguatkuasaan dan melaksanakan penyelesaian infrastruktur jangka panjang demi memastikan keselamatan serta kelancaran trafik pengguna lebuh raya.
Jelasnya, antara penyelesaian tersebut seperti projek pelebaran lebuh raya, naik taraf laluan strategik, pelaksanaan sistem tol MLFF serta peralihan mod pengangkutan melalui projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

