PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tahap keyakinan negara luar dan pelabur asing terhadap Malaysia ketika ini sangat tinggi.
Katanya, sejak memegang tampuk pemerintahan, beliau sudah mengadakan 17 lawatan ke negara-negara sekitar ASEAN, China, Amerika Syarikat (AS) dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Ujarnya, hasil lawatan rasmi ke China pada 29 hingga 31 Mac lalu telah menjana nilai potensi pelaburan sebanyak RM170.07 bilion.
Jelas beliau, ini termasuk pelaburan komited sebanyak RM100.33 bilion hasil daripada
sesi Meja Bulat dengan pemimpin industri dan ketua perniagaan China.
“Manakala, lawatan kerja saya ke New York telah berjaya membawa pelaburan berpotensi sebanyak RM4.74 bilion kepada Malaysia.
“Saya telah memanfaatkan lawatan tersebut sebaik mungkin melalui sesi libat urus dengan syarikat-syarikat gergasi AS yang merupakan sumber pelaburan asing utama bagi Malaysia.
Baca artikel lain: BNM laksana langkah pastikan pelarasan ringgit teratur – PM
“Antaranya adalah Syarikat Google, Boeing, Medtronic dan Siemens Healthineers dan Alton Industry Ltd. Group,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Anwar berkata, dalam lawatan kerja di UAE pula, kedua-dua buah negara telah memberi komitmen untuk meningkatkan Perkongsian Strategik Malaysia-UAE melibatkan beberapa bidang.
Antaranya, melibatkan sektor tenaga boleh baharu, bidang keterjaminan makanan dan kecerdasan buatan (AI) melalui kerjasama dengan Mohamed bin Zayed University of Artifical Intellegence (MBZUAI).
“UAE ketika ini adalah pelabur terbesar di Malaysia dari rantau Asia Barat dan kedua terbesar dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
“Sehingga kini, pelaburan UAE dalam pelbagai projek pembuatan yang telah dilaksanakan di Malaysia berjumlah RM1.48 bilion.
“Melalui lawatan ini, kerajaan telah berjaya menjana pelaburan komited daripada UAE berjumlah RM40.6 bilion,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

