Peruntukan RM2 juta untuk seni mempertahankan diri cermin komitmen kerajaan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERUNTUKAN sebanyak RM2 juta diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini kepada seni mempertahankan diri negara mencerminkan kepercayaan dan komitmen berterusan kerajaan.

Ia juga sebagai sokongan strategik kepada pembangunan dan pemerkasaan seni mempertahankan diri negara.

Inisiatif tersebut menonjolkan komitmen berterusan kerajaan dalam mengangkat seni mempertahankan diri sebagai warisan bangsa yang bernilai tinggi, bukan sahaja dari sudut kebudayaan dan sukan, malah sebagai elemen pembinaan jati diri serta benteng pertahanan ketiga negara.

Pengasas dan Presiden Pertubuhan Lima Generasi Malaysia, Datuk Abdullah Ghani Kassim berkata, peruntukan itu akan menjadi pemangkin penting bagi membolehkan pelaksanaan program pembangunan dilakukan secara lebih tersusun dan profesional.

Sebagai penerima amanah, beliau berkata, pertubuhan itu akan memastikan peruntukan berkenaan dimanfaatkan secara berfokus dan berimpak tinggi.

Katanya, ia merangkumi pembangunan atlet dan jurulatih; penambahbaikan kemudahan latihan; penganjuran kejohanan serta usaha memperluas promosi seni mempertahankan diri tempatan ke peringkat nasional dan antarabangsa.

“Dana tersebut akan digunakan untuk menaik taraf prasarana latihan; menyediakan peralatan asas dan memperluas kapasiti gelanggang.

“Selain itu, peruntukan itu juga bagi memperkukuh laluan pembangunan atlet agar sasaran melahirkan pesilat dan atlet tempur bertaraf dunia dapat direalisasikan secara berperingkat,” katanya dalam kenyataan.

Majlis Apresiasi Pendekar Negara, malam tadi, merupakan satu acara berprestij yang julung kali dianjurkan oleh Pertubuhan Lima Generasi Malaysia, hasil cetusan idea daripada Himpunan Pendekar sempena sambutan Hari Malaysia tahun lalu dan turut mendapat sokongan sepenuhnya melalui saluran dana khas daripada Perdana Menteri.

Pada majlis itu juga, enam anugerah disampaikan sebagai pengiktirafan kepada individu-individu dan pertubuhan yang telah mengharumkan nama negara serta berjasa besar dalam arena seni mempertahankan diri tanah air.

Anugerah-anugerah itu telah disampaikan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin.

Bagi Anugerah Pertubuhan Silat Terpilih, enam pertubuhan silat telah dipilih untuk menerima insentif RM70,000 setiap satu bagi tujuan pembangunan silat iaitu Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong, Pertubuhan Silat Pusaka Hanafi, Sendo Martial Art (Gayong Cikgu Sazali), Awang Daud Martial Art, Gayong Makrifat (Panglima Aduka) dan Pertubuhan Seni Silat Gayong Fattani Antarabangsa (Dr Aziwahija Yeop).

Baca artikel lain: ‘Saya langsung tiada kaitan dengan mana-mana pihak berbalas e-mel terutama Epstein’ – PM

Anugerah Jasa Silat pula diberikan bagi menghargai lima individu yang telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia serta melahirkan juara-juara silat bertaraf antarabangsa iaitu Profesor Dr (Hc) Abd Ghapar @ Jebat Datuk Dr Raja Abd Majid, Tuan Guru Muhammad Wahab, Tuan Guru Ruzaidi (Wak Didi), Tuan Guru Shamsunputra Datuk Dr Raja Abd Majid dan Cikgu Al Jufferi Jamari yang masing-masing menerima insentif RM10,000 setiap seorang.

Bagi kategori Anugerah Ikon Tempur Anak Muda pula, tiga anak muda yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa melalui seni mempertahankan diri (Muay Thai) menerima insentif sebanyak RM10,000 iaitu Johan Ghazali (Jojo Ghazali), Aliff Rakib dan Rifdean Masdoor.

Anugerah Emas Sukan SEA pula diberikan kepada enam atlet negara yang menyumbang pingat emas kepada Malaysia dalam dua kategori sukan seni mempertahankan diri iaitu silat kepada Ummi Mashitah Hassan, Muhammad Izzul Irfan Marzuki dan Nursyafiqah Hamzah manakala Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar, Wassof Rumijam dan Angie Yan Jia Chi bagi acara muay Thai di mana setiap mereka menerima insentif RM5,000 seorang.

Anugerah kelima iaitu Penghargaan Jurulatih Silat Negara diberikan kepada wira-wira yang sering berada di belakang tabir iaitu tiga jurulatih yang mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit demi melahirkan atlet berkualiti iaitu Mohd Fauzi Khalid, Siti Rahmah Nasir dan Nor Hamizah Abu Bakar dan mereka menerima insentif RM5,000 setiap seorang.

Bagi menyemai minat dan kecintaan golongan muda terhadap seni mempertahankan diri, khususnya silat, Anugerah Duta Silat turut diberikan kepada tokoh seni tanah air yang berjaya menarik minat generasi muda iaitu Eman Manan, Ebby Yus dan Beto Kusyairi yang masing-masing menerima insentif sebanyak RM10,000.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This