KERAJAAN MADANI akan terus memberi keutamaan kepada usaha memperkukuh perkhidmatan awam yang selamat, cekap dan mesra rakyat.
Jaminan itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika meninjau operasi Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bagi laluan KL Sentral–Johor Bahru, hari ini.
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri menyifatkan respons yang diterima oleh penumpang amat memberangsangkan.
Menurut Anwar, penumpang memberi respons positif terkait tahap keselesaan serta pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan tersusun.
“Saya memanfaatkan cuti panjang sempena Hari Wilayah dan Thaipusam dengan meninjau operasi ETS3 KTMB dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru.
“Kesempatan ini digunakan untuk menyantuni para penumpang serta mendengar secara langsung pandangan dan maklum balas mereka mengenai perkhidmatan yang disediakan,” katanya dalam hantaran tersebut.
Baca artikel lain: ETS3 mula operasi KL-Kluang-KL 30 Ogos ini – Loke
Pada 12 Disember lalu, sistem pengangkutan rel negara memasuki era baharu apabila perkhidmatan ETS3 yang menghubungkan laluan JB Sentral – KL Sentral memulakan operasi rasminya daripada JB Sentral ke KL Sentral.
Perkhidmatan ETS3 menerima sambutan positif daripada pengguna negara jiran, khususnya Singapura, sekali gus mengukuhkan potensi ETS sebagai pilihan perjalanan rentas sempadan yang lebih cekap, selesa dan berdaya saing.
Rangkaian kereta api di pantai barat Malaysia kini beroperasi sepenuhnya di atas landasan berkembar elektrik dari Padang Besar di utara hingga Johor Bahru yang bersempadan dengan Singapura.
Perkhidmatan ETS3 juga telah ditambah sebanyak empat kali bermula 1 Januari lalu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

