Usaha pembangunan pastikan tiada kelompok tercicir, dinikmati saksama – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEGALA usaha pembangunan mesti memastikan tiada kelompok yang tercicir daripada arus kemakmuran.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Wilayah hari ini.

Pada masa sama, Perdana Menteri menyifatkan hasil kemajuan yang dikecapi negara juga mesti dapat dinikmati secara saksama oleh seluruh rakyat.

“Pembangunan negara tidak wajar hanya diukur melalui ketinggian bangunan, kemajuan fizikal atau kemodenan prasarana semata-mata.

“Ia berakar menyentuh kehidupan serta kebajikan rakyat dengan setiap langkah ke hadapan berpaksikan keadilan dan keperluan masyarakat,” katanya dalam hantaran di media sosial, hari ini.

Baca artikel lain: Kerajaan setuju tempoh jawatan PM dihadkan – Azalina

Justeru, Perdana Menteri berkata, dalam menyambut Hari Wilayah Persekutuan, Kerajaan MADANI akan terus menjamin keharmonian, kestabilan dan kesejahteraan bersama.

“Justeru, semangat ihsan, saling menghormati dan kebersamaan yang menjadi teras Kerajaan MADANI akan terus diperkukuh demi menjamin keharmonian, kestabilan dan kesejahteraan bersama.

“Selamat menyambut Ulang Tahun Wilayah Persekutuan kepada seluruh warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This