SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun rentung selepas rumah didiami hangus dalam kebakaran di Jalan Nuri Kampung Seri Cheeding, Banting, Kuala Langat, awal pagi tadi.
Kebakaran itu melibatkan tiga buah rumah dalam kejadian kira-kira pukul 2.44 pagi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar memaklumkan, kanak-kanak tersebut telah ditemukan dalam bilik tidur utama kira-kira pukul 4.15 pagi.
Menurut beliau, seramai 17 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang, BBP Banting dan BBP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.
Baca artikel lain: Kelindan maut, treler muatan gula pasir terbalik nahas dengan lori dekat Slim River
“Kebakaran melibatkan tiga buah rumah dengan setiap satunya musnah kira-kira 90 peratus.
“Berdasarkan maklumat awal, terdapat seorang kanak-kanak terperangkap dalam rumah.
“Api dapat dikawal pada pukul 3.30 pagi dan pemeriksaan lanjut menemukan mangsa di bilik utama dalam keadaan rentung pada pukul 4.15 pagi,” katanya dalam kenyataan.
Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

