Diskaun tol Tahun Baharu Cina diumum waktu terdekat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

RAKYAT akan menikmati diskaun tol bagi perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing sempena Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Keputusan itu telah dipersetujui Jemaah Menteri yang telah bermesyuarat hari ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pemberian diskaun tol sempena cuti Tahun Baharu Cina itu sebagai inisatif mengurangkan kos perjalanan rakyat pada musim perayaan.

Pada masa sama, Fahmi memberitahu, langkah itu juga membantu rakyat membuat keputusan tentang tarikh atau waktu terbaik untuk pulang ke kampung halaman.

Baca artikel lain: Diskaun tol 50 peratus pada 23, 24 Disember sempena Krimas 

Bagaimanapun, kata beliau, perincian berhubung pemberian diskaun tol itu akan diumumkan Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam masa terdekat.

“Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini telah membuat keputusan mengenai pemberian diskaun tol sempena musim perayaan.

“Kementerian Kerja Raya akan membuat pengumuman dalam masa terdekat, insya-Allah.

“Butiran penuh termasuk bagi kelas kenderaan dan jumlah diskaun tol akan dimaklumkan oleh Kementerian Kerja Raya dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet, hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This