Kolaborasi strategik Tijarah Suite & Earl Clayton Wellness Centre, gabung kewangan dan kesihatan

Dari Penulis

Tijarah Suite secara rasmi memeterai kolaborasi strategik bersama Earl Clayton Wellness Centre dalam satu majlis menandatangani perjanjian yang berlangsung di Saujana Hotel Golf & Resort, Subang baru-baru ini.

Kerjasama ini bertujuan menyokong pertumbuhan perniagaan kedua-dua pihak, di samping membina satu ekosistem yang menggabungkan kestabilan kewangan berasaskan emas dan penjagaan kesihatan untuk jangkamasa panjang.

Kolaborasi ini menjadikan Tijarah Suite sebagai merchant rasmi bagi perkhidmatan wellness yang ditawarkan oleh Earl Clayton Wellness Centre. Melaluinya, pelanggan berpeluang mengakses perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan melalui platform kewangan yang menekankan simpanan emas sebagai asas perancangan kewangan masa hadapan.

Menurut wakil Tijarah Suite, kerjasama ini adalah satu langkah progresif dalam menyatukan dua elemen penting kehidupan moden — kewangan dan kesihatan.

“Kami melihat kesihatan dan kewangan sebagai dua perkara yang saling berkait. Dengan menggabungkan simpanan emas bersama perkhidmatan wellness, pelanggan bukan sahaja memberi perhatian terhadap pencegahan dan penjagaan kesihatan hari ini, malah membina kestabilan kewangan untuk masa depan,” ujar Faez Hakimi, Pengarah Urusan Earl Clayton Wellness Centr.

Baginya, kerjasama ini membuka ruang untuk memperluaskan akses perkhidmatan wellness kepada masyarakat melalui sistem kewangan yang lebih fleksibel dan inovatif.

Wellness ini tujuannya bukan semata-mata untuk kecantikan. Ia adalah platform pencegahan, menstabilkan tahap kesihatan dan mencegah penyakit dari peringkat awal. Sejak mula beroperasi pada 2019, kami memperkenalkan mesin dan rawatan berasaskan pencegahan bagi membantu mengurangkan risiko penyakit serius seperti strok dan penyakit jantung,” ujarnya lagi.

Emas Sebagai Alat Kewangan

Diasaskan oleh Dr. Mohd Naszri Johari bersama Saiful Apek sebagai co-founder, Tijarah Suite merupakan platform kewangan berasaskan emas yang memberi fokus kepada penyimpanan nilai melalui emas fizikal serta pelan kewangan alternatif.

Menurut Dr. Naszri, Tijarah Suite memiliki pengalaman lebih 15 tahun dalam industri emas fizikal, bermula sejak tahun 2011 sebelum melalui proses penjenamaan semula.

“Kami bermula dengan RS Gold, kemudian berkembang kepada satu ekosistem yang lebih canggih dan mesra pengguna. Tahun lalu, kami tampil dengan nama Tijarah Suite yang lebih komersial. Matlamat kami adalah memperkenalkan emas dalam bentuk yang mudah diakses, bermula serendah 0.25 gram, sehingga kepada 1 kilogram,” jelas Dr. Naszri.

Beliau turut menegaskan bahawa Tijarah Suite adalah sebuah syarikat milik 100 peratus Bumiputera yang bukan sahaja menjual emas, malah memberi pendidikan kewangan kepada komuniti.

“Selain menjual emas, kami memberi ilmu bagaimana menyimpan emas, memahami pasaran, dan menjadikan emas sebagai pelindung nilai jangka panjang,” tambahnya.

Sebagai co-founder, Saiful Apek turut berkongsi pandangan peribadinya tentang kepentingan simpanan nilai dan kestabilan masa depan.

“Pendapatan saya selama ini dalam bentuk wang tunai. Bila masa berlalu, saya sedar banyak nilai yang hilang kerana kurang pendidikan kewangan. Emas bukan sekadar aset, tetapi legasi, terutamanya bagi golongan artis yang tiada jaminan kewangan tetap seperti KWSP,” ujarnya.

Melalui kerjasama ini, pelanggan yang mendapatkan pakej rawatan di Earl Clayton Wellness Centre bermula daripada RM250 ke atas berpeluang mendapat emas daripada pihak Tijarah Suite. Pendekatan ini secara tidak langsung menggalakkan masyarakat melihat perbelanjaan kesihatan sebagai satu bentuk pelaburan.

Kerjasama ini juga membuka ruang kepada pembangunan pakej wellness berasaskan simpanan emas, program komuniti, serta peluasan rangkaian merchant strategik pada masa hadapan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Zulhijjah menyisih ego, membebas jiwa

Oleh : Pegawai Pejabat Zakat, Wakaf, Infaq (ZAWAIN) dan Pensyarah Sambilan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia...

More Articles Like This