UDA Holdings optimis pasaran hartanah 2026 kekal berdaya tahan, terus berkembang

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

UDA Holdings Berhad (UDA) optimis prospek pasaran hartanah negara kekal berdaya tahan dengan pertumbuhan lebih bersasar pada tahun 2026.

Pemangku Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Azrudyn Rashid memaklumkan, pihaknya percaya perkembangan itu didorong oleh pelbagai inisatif utama yang telah dan sedang dilaksanakan Kerajaan MADANI dalam merangsang pemilikan hartanah serta mengekalkan kestabilan pasaran domestik.

Menurut Azrudyn, keyakinan itu turut diperkukuh menerusi komitmen terhadap sokongan reformasi struktur di bawah Kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13).

Katanya, inisiatif tersebut bertujuan memperkukuh tadbir urus, memacu pertumbuhan ekonomi berimpak tinggi serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Antara inisiatif termasuk pelaksanaan pembangunan Residensi MADANI, pelanjutan pengecualian duti setem bagi pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500,000, pengenaan duti setem ke atas surat cara pindah milik rumah kediaman oleh individu bukan warganegara dan syarikat asing.

“Inisiatif berkenaan menggalakkan pasaran yang lebih seimbang serta menggalakkan institusi kewangan untuk menyokong pelaksanaan skim sewa-beli rumah serta skim bina-kemudian-jual.

“Pasaran hartanah negara sepanjang 2025 juga dilapor mencatatkan aktiviti pasaran yang stabil dengan peningkatan nilai transaksi, namun tetap menunjukkan momentum pemulihan yang kukuh menjelang suku ketiga.

“Fenomena ini menandakan pasaran yang semakin berdaya tahan serta berterusan berkembang secara berperingkat dalam menghadapi cabaran pasaran khususnya dalam segmen kediaman dan hartanah berkualiti,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Azrudyn berkata, UDA sebagai peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset yang juga agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) turut komited untuk memaksimumkan prestasi kewangan.

Pada masa sama, syarikat itu juga mahu memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memanfaatkan pihak berkepentingan secara menyeluruh bagi terus memenuhi mandat yang dipertanggungjawabkan seterusnya menyokong aspirasi kerajaan dalam menyediakan kediaman mampu milik kepada masyarakat.

Baca artikel lain: ‘Mereka bersatu kerana kuasa’, Pemuda UMNO bantah pilihan raya Datuk Bandar KL

Beliau menjelaskan, tekad itu selari dengan ulang tahun ke-55 serta aspirasi ‘UDA Memenuhi Impian’ tahun ini.

“Kami komited untuk terus memainkan peranan strategik dalam membangunkan bandar, memperkasa usahawan dan membina komuniti mampan melalui pembangunan hartanah, ekosistem komersial yang dinamik, hospitaliti bernilai tambah serta pengurusan fasiliti yang profesional dan program-program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang menyumbang kepada kesejahteraan komuniti serta daya tahan jangka panjang.

“Tahun lalu, UDA berjaya melancarkan enam projek pembangunan hartanah termasuk Kedai Kos Sederhana (KKS) UDA Vista yang bernilai RM200,000 seunit dan Residensi Akasia Raya yang ditawarkan pada RM300,000 seunit di mana 351 unit diperuntukkan kepada penjawat awam melalui kerjasama UDA bersama Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) dengan subsidi sehingga RRM60,000 bagi setiap unit,” jelas beliau.

Penuhi keperluan perumahan untuk 2026

Sementara itu, Azrudyn memberitahu, tumpuan syarikat itu pada tahun 2026 adalah memenuhi keperluan perumahan yang berkualiti, strategik dan mampu milik yang menawarkan gaya hidup berteraskan kelestarian.

“Tahun ini, kami berhasrat melancarkan hampir 1,000 unit pembangunan kediaman dan ruang komersial melalui tiga projak di Johor Bahru, Johor serta masing-masing satu projek di Ipoh, Perak dan Pekan, Pahang yang dijangka memberi kesan limpahan positif kepada ekonomi dan masyarakat setempat di samping memperkukuh kedudukan sebagai antara peneraju dalam industri hartanah negara.

“Kami juga akan terus komited meningkatkan pemilikan kediaman dalam kalangan masyarakat bandar terutama golongan memerlukan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This