Sukuk Wakalah UDA catat langganan RM525 juta

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SUKUK Wakalah diterbitkan UDA Holdings Berhad berjaya mencatatkan langganan bernilai RM525 juta yang dilanggan sepenuhnya pelabur tempatan.

Terbitan sukuk wakalah tersebut adalah dalam bentuk Kertas Kerja Komersial Islam (ICP) dan Nota Kewangan Jangka Sederhana Islam (IMTN).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, kejayaan menerbitkan program sukuk wakalah melebihi RM500 juta itu membuktikan keyakinan pelabur atas keupayaan UDA terus kekal relevan dan memainkan peranannya dalam pembangunan ekonomi negara.

Menurut beliau, nilai projek-projek pelancaran baharu pembangunan UDA tahun ini dianggarkan bernilai RM1.3 bilion.

“Kesemua hartanah tersebut dibangunkan di kawasan strategik seluruh negara serta kawasan-kawasan yang dikenal pasti akan meningkat nilai hartanahnya pada masa depan.

“Saya juga ingin menyarankan UDA untuk meneroka potensi pembangunan ruang niaga di Sabah bagi membolehkan lebih ramai usahawan kecil dan sederhana mendapat faedah daripada penerbitan sukuk tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara projek yang telah dikenal pasti untuk dilancarkan adalah di Johor; Pulau Pinang; Kedah; Kuala Lumpur; Selangor; Sarawak; Pahang dan Terengganu.

Baca artikel berkaitan: Program Rakan Muda lahir generasi murni, bernilai tinggi – PM

Sementara itu, Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Datuk Mohd Salem Kailany berkata, dana daripada sukuk wakalah itu akan digunakan untuk membayar semula pembiayaan sedia ada; membiayai projek-projek pembangunan komersial, perumahan, perindustrian, pembangunan projek wakaf serta modal kerja.

Katanya, ia juga bakal meletakkan UDA di landasan tepat untuk memastikan agenda pembangunan yang dirancang dapat dijalankan mengikut strategi yang telah ditetapkan.

Beliau berkata, UDA kini mempunyai jumlah aset bernilai RM3.7 bilion turut memegang rizab tanah seluas 1,014 ekar dengan taksiran harga pasaran RM2.6 bilion.

“Hasil daripada penerbitan sukuk ini dan juga perancangan strategik yang telah digariskan, UDA mampu untuk terus komited menjadi peneraju utama dalam sektor pembangunan hartanah negara.

“Inisiatif ini juga seiring dengan penjenamaan UDA iaitu L.I.F.E yang menekankan kepada ciri-ciri Legasi, Integrasi, Ketelitian dan Memperkasa seterusnya bergerak ke arah kelestarian.

“Ia juga diharap dapat menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat bertepatan dengan nilai Malaysia Madani,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This