SARA untuk Semua disalur mulai hari ini, sah diguna hingga 31 Disember

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SUMBANGAN Asas Rahmah (SARA) Untuk Semua dengan peruntukan sebanyak RM2.2 bilion mula disalurkan kepada lebih 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia dewasa, hari ini.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan memaklumkan, kesemua penerima dapat memanfaatkan kredit sekali-beri RM100 SARA Untuk Semua yang sah digunakan sehingga 31 Disember depan.

Menurut MoF, isi rumah berpeluang menerima bantuan berganda bergantung kepada bilangan ahli dewasa yang layak.

“Seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Perhimpunan Bulanan hari ini, Kerajaan MADANI menyalurkan SARA Untuk Semua mulai hari ini, 9 Februari 2026.

“Sebuah keluarga yang terdiri daripada suami, isteri serta dua anak berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima RM400 kredit SARA Untuk Semua secara keseluruhan, tidak termasuk bantuan SARA Bulanan jika berkelayakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, MoF berkata, Kerajaan MADANI telah melaksanakan beberapa penambahbaikan untuk meningkatkan kemudahan dan fleksibiliti pembelian.

Baca artikel lain: Penerima SARA waspada dengan aktiviti ‘memancing’ sindiket penipuan – Fahmi

Katanya, Kerajaan MADANI bersetuju untuk meluaskan kategori barangan SARA untuk merangkumi makanan sejuk beku.

Kementerian berkenaan memberitahu, penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan 15 kategori barangan asas.

“Penambahan kategori makanan sejuk beku turut meningkatkan jumlah barangan yang layak dibeli menggunakan kredit SARA kepada 140,000 jenis barangan.

“Selaras dengan Perutusan Tahun Baharu 2026 oleh Perdana Menteri, kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan penyertaan kedai runcit kecil sebagai Rakan Niaga SARA kepada 10,000 kedai menjelang hujung tahun 2026 manakala jarak kedai runcit terdekat dikurangkan daripada 10 kilometer kepada 7 kilometer,” jelasnya.

MoF turut mengingatkan rakyat agar berwaspada terhadap pautan palsu dan cubaan penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Sebagai langkah keselamatan, MoF tidak pernah meminta maklumat peribadi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau WhatsApp dan penerima disaran merujuk hanya kepada portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi sebarang maklumat terkini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ajinomoto kukuh komitmen gaya hidup sihat di NMM 2026

AJINOMOTO (Malaysia) Berhad memperkukuh komitmen dalam mempromosi pemakanan seimbang, gaya hidup aktif dan kesejahteraan masyarakat dengan sekali lagi tampil...

More Articles Like This