Rangka manusia ditemukan dalam parit berhampiran flat di Mentakab

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

POLIS menemukan rangka manusia dipercayai seorang wanita dalam kawasan parit dan belukar berhampiran Flat Damai Taha, Mentakab, Pahang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron memaklumkan, pihaknya telah menerima maklumat berhubung penemuan rangka manusia itu pada pukul 12 tengah hari, Ahad lalu.

Menurut beliau, sepasukan pegawai dan anggota polis telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan awal bersama Bahagian Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

“Hasil siasatan di lokasi telah menemui rangka manusia dipercayai wanita berdasarkan pakaian yang ditemui.

“Rangka manusia tersebut telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel lain: Polis siasat video lelaki baling kon di Plaza Tol LDP

Mengulas lanjut, Mohd Nasyim berkata, proses bedah siasat ke atas rangka itu akan dijalankan pada hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan di bawah kematian mengejut (SDR) sementara menunggu laporan penuh daripada pihak forensik.

“Sekiranya terdapat mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Razzi Ismail di talian 017-2314245,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This