PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan MADANI mewarisi tahap hutang dan defisit yang tidak dibiayai secara mampan.
Oleh hal yang demikian, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, penyasaran subsidi perlu dilaksanakan.
Jelas beliau, subsidi pukal terus ‘membengkak’ dan ‘bocor’ kepada golongan tidak layak.
“Kendatipun isu ini telah lama dibincangkan termasuk pimpinan terdahulu, ia tidak terlaksana kerana ketiadaan tekad politik untuk menggerakkan reformasi demi kemampanan fiskal negara.
“Di bawah pentadbiran MADANI, kita memilih untuk akur kepada realiti dan berani menyasarkan subsidi di setiap peringkat secara berfasa, tanpa menjejaskan kebajikan rakyat terbanyak,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi Soal Jawab Lisan Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri, pagi tadi.
Beliau menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) mengenai jumlah penjimatan dicapai melalui pelaksanaan BUDI MADANI (BUDI95) sepanjang 2025 dan unjuran penjimatan bagi 2026.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, setelah kejayaan penyasaran subsidi elektrik dan diesel tanpa membebankan rakyat, penyasaran subsidi petrol RON95 akhirnya dilaksanakan.
Menurut Anwar, kerajaan tidak menerima saranan Bank Dunia dan beberapa pakar ekonomi untuk mengapungkan harga yang disusuli bantuan tunai hanya kepada rakyat miskin.
Tegas beliau, pendekatan berteraskan teori ekonomi konvensional tidak mengambil kira realiti cabaran sara hidup dihadapi tidah hanya rakyat miskin, malah golongan pertengahan.
“Sekiranya dituruti saranan Bank Dunia, kadar inflasi melonjak naik dan menambah beban sara hidup rakyat.
“Arakian, Kerajaan mengambil jalan inovatif berasaskan teknologi digital untuk pastikan subsidi RON95 terus dinikmati rakyat, sambil menoktahkan ketirisan kepada warga asing dan sektor komersial.
“Malah, dengan BUDI95, harga RON95 untuk rakyat turun kepada RM1.99 seliter, sementara warga asing dan sektor komersial membayar harga pasaran,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

