SEORANG ibu kepada tiga kanak-kanak yang dipercayai memberi Methadone sehingga menyebabkan seorang daripada mereka maut ditahan pihak polis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar mengesahkan penahanan wanita berusia 35 tahun itu.
“Ya saya sahkan kejadian seorang kanak-kanak maut dan dua lagi sedang dirawat di hospital dan ibu mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Terdahulu, media melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki maut manakala dua lagi adiknya kini sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) selepas dipercayai diberi minum cecair berbahaya jenis Methadone di kediaman mereka di Sungai Ramal Baru, Kajang.
Sumber berkata, pihak polis menerima makluman berhubung kejadian itu kira-kira 9.01 pagi daripada pegawai perubatan Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN).
Baca artikel lain: Pertumbuhan sektor pembinaan dapat dicapai sekiranya industri sedia beradaptasi – Nanta
Sumber dilaporkan berkata, pihak hospital memaklumkan menerima tiga pesakit kanak-kanak lelaki pada jam 7.50 pagi.
“Malangnya, anak sulung berusia 11 tahun itu disahkan meninggal dunia, manakala adik bongsu berusia lima tahun kini ditempatkan di ICU dan seorang lagi di Zon Merah Unit Kecemasan.
“Siasatan awal mendapati punca kejadian tragis itu dipercayai akibat tindakan ibu mangsa memberikan ubat jenis Methadone kepada ketiga-tiga anaknya,” katanya.
Sumber dilaporkan berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai motif wanita terbabit bertindak sedemikian dan bagaimana bekalan ubat terkawal itu diperoleh.
“Mayat mangsa kini berada di Jabatan Forensik HTPN untuk tindakan lanjut,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

