Pertumbuhan sektor pembinaan dapat dicapai sekiranya industri sedia beradaptasi – Nanta

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SASARAN pertumbuhan sektor pembinaan sekitar lima peratus setahun hanya dapat dicapai sekiranya industri bersedia mengadaptasi teknologi dan pendekatan kerja yang lebih bersepadu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sejak pelaksanaan Building Information Modelling (BIM), 9,375 pemain industri menerima latihan melalui myBIM Centre dan rangkaian satelit di seluruh negara.

Katanya, dengan komitmen semua pihak, beliau yakin industri pembinaan Malaysia akan terus diperkukuh sebagai sektor moden, berdaya saing dan mampan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

“Ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dan rakan industri dalam membangunkan kapasiti kontraktor, termasuk kontraktor kecil dan sederhana, secara inklusif dan berperingkat.

“Saya merakamkan penghargaan kepada CIDB Malaysia serta pihak industri atas kerjasama strategik yang erat dalam menjayakan agenda transformasi ini.

“Diharapkan MYBIM Satellite Centre dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai pusat pembelajaran dan peningkatan kemahiran, selari dengan hala tuju pembangunan sektor pembinaan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Mengulas mengenai BIM, Nanta Linggi berkata, ia bukan sekadar penggunaan perisian, tetapi satu kaedah kerja bersepadu yang membantu meningkatkan kecekapan perancangan, mengurangkan risiko kelewatan dan pembaziran kos.

Selain itu, katanya lagi, ia juga dapat memastikan kualiti projek dilaksanakan dengan lebih sistematik sepanjang kitaran hayat pembinaan.

“Industri pembinaan merupakan tulang belakang pembangunan negara. Seiring dengan keperluan semasa, kita tidak boleh lagi bergantung kepada kaedah konvensional semata-mata,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MOSTI siasat cahaya terang di ruang udara Sabah, tiada serpihan ditemui

KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang menjalankan pemantauan aktif susulan laporan penampakan cahaya terang di ruang udara Sabah...

More Articles Like This