POLIS sedang mengesan beberapa individu yang tular mengenakan pakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat ketenteraan ketika menghadiri satu majlis dipercayai anjuran sebuah pertubuhan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata tindakan berkenaan boleh mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai dengan memberi anggapan ia bukan satu kesalahan.
“Polis telah mengesan video terbabit yang berlegar di TikTok semalam lebih kurang 2.30 petang. Tindakan itu boleh menjurus kepada sabitan undang-undang yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Nahas pesawat Jeju Air: Polis serbu Lapangan Terbang Muan untuk hari kedua
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh menerusi talian 03-6156 1222 atau balai polis yang berhampiran bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 140 Kanun Keseksaan, Seksyen 50(3) Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Berdasarkan Seksyen 140 Kanun Keseksaan, sesiapa yang bukan askar, kelasi atau juruterbang dalam perkhidmatan tentera, memakai pakaian atau membawa apa-apa tanda menyerupai seorang askar, dengan niat menyamar askar boleh dihukum tiga bulan penjara, denda RM1,000 atau kedua-dua jika sabit kesalahan.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

