Penduduk berdepan detik cemas, empat rumah di Air Itam terbakar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENDUDUK di Kampung Pisang, Air Itam dekat Georgetown berdepan detik cemas selepas empat rumah di kawasan itu terbakar, malam tadi.

Kebakaran itu juga menyebabkan lima motosikal musnah manakala persiapan sempena Tahun Baharu Cina turut hangus terbakar.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata pihaknya terima panggilan jam 7.01 malam.

Beliau berkata, pihaknya berdepan kesulitan ke lokasi kejadian kerana akses yang agak sempit.

Baca artikel lain: Hutan simpan berhampiran LRA Sungai Kelambu terbakar

Bagaimanapun, katanya, pihak bomba mengambil masa selama 15 minit untuk mengawal api daripada merebak.

“Seramai 26 penghuni dapat menyelamatkan diri sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Lima motosikal iaitu jenis Kawasaki Ninja 250, dua Honda EX5, Honda RS 150 R dan Skuter Honda Air Blade musnah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada pukul 9.54 malam dengan punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hilang kawalan ketika memotong punca pegawai polis, guru maut di Lenggong

KENDERAAN hilang kawalan ketika cuba memotong dipercayai menjadi punca kemalangan maut meragut nyawa seorang pegawai polis dan seorang guru...

More Articles Like This