POLIS giat memburu seorang lelaki yang dikesan melakukan kegiatan pecah rumah dengan menyamar mengenakan pakaian wanita dalam kejadian di kawasan Komersial Seksyen 7, Shah Alam, semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol memaklumkan, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 7.20 malam, semalam.
Kata beliau, laporan dilakukan penyewa rumah yang mengatakan bahawa rumah yang disewa bersama rakan-rakan di kawasan berkenaan telah dipecah masuk.
Menurut Ramsay, mangsa berusia 20-an yang juga pelajar universiti awam tempatan memberitahu kali terakhir meninggalkan rumah tersebut pada hari Selasa lalu untuk pulang bercuti di kampung.
“Selepas pulang bercuti pada pukul 6.30 petang semalam, mangsa mendapati pintu masuk utama rumahnya terbuka dan dalam keadaan berselerak dipercayai dimasuki individu tidak dikenali.
“Siasatan pihak polis menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kelihatan seorang lelaki telah memecah masuk ke dalam rumah tersebut pada pukul 9.26 pagi semalam ketika tiada sesiapa berada di rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Polis giat kesan suspek kejadian pecahkan skrin ATM di sekitar Sentul
Mengulas lanjut, Ramsay memberitahu, selain mengenakan pakaian wanita, suspek juga dilihat membawa beg tangan supaya perbuatannya tidak disyaki penghuni rumah lain di kawasan tersebut.
Katanya, tiada sebarang kerugian atau kehilangan barang berharga dilaporkan dalam kejadian itu.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika didapati bersalah.
“Polis menasihatkan orang ramai terutama penduduk di kawasan sekitar agar memaklumkan kepada jiran atau pihak polis sendiri di balai berdekatan sekiranya meninggalkan rumah untuk bercuti.
“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat jenayah, Sarjan Rustam Eliah di talian 019-6148034 bagi membantu siasatan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

