“Cintaku Tertinggal Di Malaysia” – Dewa 19 Kembali Untuk Tunai Janji ‘Kangen’ Buat Baladewa!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SELEPAS hampir tiga tahun sejak pertemuan terakhir menerusi siri A Night At The Orchestra – Chapter 5 pada September 2023, kumpulan rock legenda Indonesia, Dewa 19, akhirnya kembali untuk melunaskan janji ‘kangen’ mereka buat seluruh peminat setia di Malaysia!

Menerusi konsert yang diberi judul cukup puitis, Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia, kumpulan yang diterajui maestro Ahmad Dhani ini bakal mendarat di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 6 Jun depan.

Menurut penganjur Icon Entertainment, Iman Tang, setelah kali terakhir melakukan konsert di Kuala Lumpur pada 2023, Dewa 19 selalu ingin Kembali bertemu peminat di Malaysia.

“Malaysia, menurut Dewa 19 punya tempat yang istimewa di hati mereka. Ada cinta yang selalu tertinggal di sini sejak mereka pertama kali dapat menembus pasaran dan memiliki Baladewa sendiri di Malaysia.

“Jadi selepas perbincangan dan mencapai kata sepakat, kami menamakan konsert yang bakal berlangsung pada 6 Jun depan di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan nama Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia,” katanya.

Judul konsert kali ini bukan sekadar nama, tetapi satu manifestasi cinta mendalam band fenomena itu terhadap sokongan tidak berbelah bahagi peminat di Malaysia sejak mereka mula menembus pasaran tempatan puluhan tahun lalu.

Bukan sekadar konsert biasa, penganjur berwibawa, Icon Entertainment, menerusi pengasasnya Iman Tang, membuktikan mereka tidak datang dengan tangan ‘Kosong’. Buat julung kalinya di atas satu panggung di Malaysia, Dewa 19 bakal ditemani oleh sahabat seperjuangan mereka, Padi Reborn!

Langkah ini dianggap sangat signifikan kerana ia menyatukan dua kelompok peminat gergasi iaitu Baladewa dan Sobat Padi.

Bayangkan untaian hit ikonik Padi Reborn seperti Kasih Tak Sampai, Begitu Indah, dan Menanti Sebuah Jawaban berkumandang sebelum pentas diambil alih oleh kegilaan Roman Picisan dan Sedang Ingin Bercinta.

Peminat bakal dihidangkan dengan kualiti vokal mantap daripada tiga vokalis utama Dewa 19 yang mempunyai karakter berbeza iaitu Ari Lasso, Virzha, dan Marcello Tahitoe (Ello).

Kehadiran pemuzik tetap seperti Andra Ramadhan, Yuke Sampurna, dan Agung Yudha akan diperkasakan lagi dengan kemunculan pemain dram pujaan ramai, Tyo Nugros, yang pastinya akan membuatkan dewan Axiata Arena gegak gempita.

Menurut Iman, konsep konsert kali ini tidak bersifat extravaganza yang berlebihan, sebaliknya lebih memfokuskan kepada rasa ‘kasmaran’ dan keintiman antara artis dan peminat.

Satu lagi kelainan yang dibawa kali ini adalah berkaitan kod pakaian. Lupakan busana formal yang membebankan; penganjur menetapkan tema yang cukup simple tetapi pure: T-SHIRT BAND ORIGINAL.

Inilah masanya untuk Baladewa dan Sobat Padi menunjukkan identiti sejati mereka. Jika anda seorang peminat tegar, pastinya koleksi kemeja-T rasmi Dewa 19 mahupun Padi Reborn sudah tersedia dalam almari untuk disarungkan pada malam bersejarah itu nanti.

Memandangkan fenomena Dewa 19 sering kali menyaksikan tiket habis terjual dalam tempoh singkat (Sold Out), peminat dinasihatkan agar tidak ‘Larut’ dalam kelewatan. Jualan tiket akan bermula secara rasmi pada Jumaat, 27 Februari ini, pukul 11 pagi.

Butiran Harga Tiket:

RM488 (Sedang Ingin Bercinta)

RM428 (Laskar Cinta)

RM388 (Pangeran Cinta)

RM288 (Bala Sobat)

RM236 (Atas Nama Cinta)

Pembelian boleh dilakukan menerusi laman web rasmi www.ticket2u.com.my/Dewa19.

Jangan biarkan cinta anda tertinggal tanpa saksi. Adakah anda sudah bersedia untuk ‘peperangan yang seperti hantu’ demi mendapatkan tempat di Axiata Arena nanti?


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This