IR Mohd Hadzmir Yusof dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang baharu berkuat kuasa 11 Februari lalu.
LLM dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan Mohd Hadzmir bagi menggantikan Datuk Ir Sazali Harun yang bersara wajib.
“Pelantikan ini bertujuan memastikan kesinambungan kepimpinan serta kelangsungan peranan LLM sebagai badan pengawal selia industri lebuh raya bertol negara.
“Ia selaras dengan agenda reformasi perkhidmatan awam dan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, LLM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sazali atas segala sumbangan dan khidmat bakti sepanjang tempoh perkhidmatan sehingga persaraan.
“Bersempena bulan Ramadan yang mulia, LLM mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam.
“Semoga bulan ini dimanfaatkan dengan sebaiknya serta terus memperkukuh komitmen dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

