3 lelaki curi tabung masjid dipenjara 6 bulan, denda RM4,000

Dari Penulis

EMPAT lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas satu pertuduhan mencuri tabung masjid minggu lalu.

Tiga daripada mereka dikenakan dihukum penjara selama enam bulan dan denda RM4,000 selepas pertuduhan dibaca dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman.

Mereka ialah pekerja pusat cuci kereta, K Tineshuaran, 26; kelindan lori, R Nishanraj, 22 dan operator kilang, R Danesh, 27.

Kosmo! melaporkan mahkamah memerintahkan hukuman pemenjaraan bermula hari ini dan sekiranya gagal membayar denda mereka boleh dipenjara selama tiga bulan.

Mengikut pertuduhan, tiga tertuduh yang masih bujang didakwa bersama-sama mencuri tabung milik Masjid Seksyen 7 bernilai RM2,000 pada 4 pagi 22 Februari lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding ini, semua tertuduh diwakili peguam, Swinder Singh dan Ashrul Haikal sementara pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muaz Khawarizmi Azfar.

Sementara seorang lagi tertuduh, memandangkan dia merupakan remaja bawah umur, mahkamah menetapkan 28 April depan untuk serahan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum menjatuhkan hukuman.

Semasa prosiding yang dibuat secara tertutup, Muhammad Syafiq membenarkan remaja itu diikat jamin sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar menegaskan tiada unsur provokasi dalam kes curi tabung di sebuah masjid.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek mencuri kerana terdesak dan memerlukan wang.

Sabtu lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan penghargaan dan ucapan syabas kepada pasukan polis negeri kerana bertindak pantas dalam berkesan sehingga berjaya menahan pelaku kejadian tersebut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This