Suspek kini dikesan polis susulan mencuri duit tabung masjid.

POLIS kini mencari seorang lelaki yang bertindak mencuri duit tabung masjid, Masjid Nadhah Seksyen 18, Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerma aduan membabitkan kejadian daripada ahli jawatan kuasa masjid berkenaan, semalam.

Beliau berkata, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki disyaki berbangsa Melayu telah mengambil duit tabung pada pukul 4.18 pagi hingga 4.30 pagi dengan menggunakan pembaris besi.

“Jumlah kerugian tidak dapat disahkan kerana wang tersebut merupakan derma kepada tabung masjid.

“Namun, hasil semakan mendapati suspek mengambil wang tunai bernilai RM1 sebanyak lima ke enam kali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, masjid tersebut telah berpagar, berkunci serta tiada pengawal keselamatan yang bertugas.

Baca artikel berkaitan : Curi duit tabung surau RM30, murid Tingkatan Satu ditahan

Semakan empat buah CCTV mendapati suspek telah masuk ke dalam masjid dengan memanjat tembok belakang masjid.

Katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Anis Shafina di talian 017-2944535.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram