Ismail Sabri bakal bergelar doktor falsafah

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERDANA Menteri Ke-sembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal bergelar doktor falsafah selepas berjaya lulus sesi viva Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains Politik di Universiti Utara Malaysia (UUM), dengan pindaan kecil.

UUM menerusi hantaran di media sosial memaklumkan, tajuk tesis Ismail Sabri selaras dengan pengalamannya sebagai Perdana Menteri ketika berhadapan pandemik yang melanda negara, iaitu Pengurusan Krisis dan Polisi Keselamatan Kesihatan Tahun 2020–2022: Strategi Malaysia Menghadapi Pandemik COVID-19.

Menurut UUM, sesi viva voce PhD yang berlangsung di Bilik Viva, Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG), UUM pagi tadi dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Kamarul Azman Khamis.

Manakala, jelas UUM, pemeriksa luar ialah Prof Datuk Dr Sivamuragan Pandian dan pemeriksa dalaman ialah Prof Madya Dr Nazariah Osman.

“Penyelia pertama beliau ialah Dekan GSGSG, Prof Dr Rusdi Omar, manakala Prof Madya Dr Che Mohd Aziz Yaacob dan Prof Madya Ts Dr Jessica Ong Hai Liaw masing-masing bertindak sebagai penyelia kedua dan ketiga.

“Bagaimanapun, kelulusan penuh masih tertakluk kepada keputusan Senat Universiti,” jelas UUM

Baca artikel lain: Ismail Sabri lapor polis cubaan kaitkan dengan insiden serangan anak Rafizi

UUM menambah, turut menyambut kedatangan Ismail Sabri pagi tadi ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang kini menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This