Lelaki 44 tahun di Kota Samarahan korban pertama akibat rabies

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG lelaki warga tempatan berusia 44 tahun di Kota Samarahan, Sarawak menjadi korban pertama akibat jangkitan rabies tahun ini.

Lelaki tersebut meninggal dunia pada 25 Februari lalu.

Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam hantaran di platform X, hari ini.

Beliau memaklumkan, siasatan mendapati lelaki berusia 44 tahun itu tidak mempunyai sejarah digigit haiwan.

“Namun begitu, beliau gemar memberi makan anjing liar dan memelihara 15 ekor anjing.

“Salah seekor anjing peliharaannya juga telah mati mengejut pada awal Februari,” katanya dalam hantaran tersebut.

Sejak rabies diisytiharkan sebagai wabak pada tahun 2017, Dzulkefly memaklumkan, sebanyak 91 kes telah dilaporkan dengan 84 kematian dicatatkan.

Menurut beliau, kadar kematian itu amat tinggi iaitu 93 peratus berbanding jumlah kes yang dilaporkan.

“Ini adalah satu peringatan penting buat kita semua. Jangkitan rabies tidak semestinya datang dari gigitan yang jelas.

“Sentuhan rapat, cakaran atau mengendalikan bangkai haiwan yang dijangkiti tanpa perlindungan tetap membawa risiko tinggi.

“Inilah sebabnya pendekatan ‘One Health’ sangat kritikal. Kesihatan manusia, haiwan dan persekitaran kita adalah saling berkait rapat. Apabila satu terjejas, kita semua dalam bahaya,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah pencegahan segera termasuk mencuci luka gigitan atau cakaran dengan air mengalir serta sabun sekurang-kurangnya 15 minit.

Mereka juga dinasihat untuk mendapatkan rawatan Post-Exposure Prophylaxis (PEP) dengan segera, memastikan haiwan peliharaan divaksin setiap tahun serta mengelakkan mengendalikan haiwan liar yang tidak diketahui status vaksinasinya.

Selain itu, orang ramai juga diminta melaporkan kematian haiwan yang mencurigakan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) atau pihak berkuasa tempatan dengan segera.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This