Warga emas maut dirempuh treler akibat buat pusingan U mengejut di Pasir Gudang

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEORANG warga emas yang menunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah lori treler dalam kemalangan yang berlaku di KM13.9 Lebuhraya Pasir Gudang, Johor, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, mangsa ialah seorang lelaki warga tempatan berusia 73 tahun manakala pemandu treler terbabit pula seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa dari arah Tebrau menghala ke Seri Alam manakala treler tersebut dari arah Perling menghala ke Seri Alam.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dari susur kiri telah membelok secara tiba-tiba ke kanan.

“Treler yang sedang bergerak lurus di lorong tengah jalan tidak sempat mengelak dan telah melanggar mangsa.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa telah tercampak di atas jalan dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Sohami berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, polis menasihatkan orang ramai sentiasa amalkan sikap bersabar, waspada dan berhati-hati ketika menggunakan kenderaan.

Beliau juga mengingatkan orang ramai agar mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya dan kod lalulintas.

Menurut Sohaimi, sebarang maklumat daripada saksi boleh disalurkan kepada pihak polis di talian 07-3864222 bagi membantu siasatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Warga emas pandu kereta lawan arus tersepit rempuh lori di Bentong

SEORANG warga emas berusia 74 tahun tersepit selepas kereta dipandunya yang dipercayai bergerak melawan arus bertembung dengan sebuah lori...

More Articles Like This