Rafizi menteri paling gagal, hanya cakap besar – Pengasas PKR

Dari Penulis

SALAH seorang pengasas PKR, Ng Lum Yong mendakwa Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli merupakan menteri paling gagal sejak mula dilantik sebagai Menteri Ekonomi sebelum meletakkan jawatan pada Jun 2025.

Lum Yong menyifatkan Rafizi telah membuktikan bahawa beliau telah gagal untuk menunaikan janji-janji manifesto Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut Lum Yong, ia berdasarkan pemerhatiannya dalam tempoh hampir tiga tahun yang menyaksikan Rafizi tidak melakukan apa-apa reformasi ekonomi semasa menjadi menteri.

Malah, beliau berkata, Rafizi hanya tahu sembang sahaja sedangkan banyak formula ekonomi yang dirangka tidak dilaksanakan.

“Formula beliau buat hanya sembang sahaja, hanya cakap besar.

“Rafizi seorang yang gagal, dan tak tunaikan apa yang dicakap. Beliau seorang yang hanya tahu hentam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sekarang apabila sokongan tidak berpihak kepadanya, beliau banyak ‘bercakap’, sedangkan Perdana Menteri merangkap Presiden PKR sehingga hari ini hanya berdiam tidak membuat kritikan balas kepada Rafizi,” katanya hari ini.

Lum Yong berkata, Rafizi tidak layak menjadi Menteri atau apa-apa jawatan sekali pun kerana beliau bukan seorang ahli politik sebenar, tetapi hanya tahu cari makan sahaja.

“Rafizi seorang yang tidak jujur dan hanya untuk kepentingan diri sendiri. Beliau tidak layak menjadi pemimpin yang setia kepada rakyat.

“Kritikan Rafizi akan membawa kesan negatif kepada rakyat. Rafizi dudah hilang diri, sekarang dia jadi alat yang tahu kritik Anwar,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This